Sunday, February 14, 2010

XC Gong Xi Di Bukit Kemasik

14 feb 2010. Tahun Baru Cina n hari Kekasih. Yang berkeluarga balik kampung,Yang berkasih gi jumpa marka. xtvt kayuh pun tak brapa meriah. Tinggalah 2~3 orang yang boring tak tau buat apa.
Mula dan akhir kat sini


Masuk2 jer, kena rempuh jerumun babi
 

Kubang babi pun banyak.
 

RR pertama.View disini memang cantik
 

Kawasan lapang pun luas tapi dipenuhi semak samun.
 
Posted by Picasa

Posing menghadap Laut Cina Selatan

Macam2 xtvt bleh buat kat sini.

Nak jadi Tarzan boleh

Mengendap harimau boleh

Nak tiru kera pun boleh

Teruskan misi. Semak samun terlalu tebal. Terpaksa tebas dengan kayu. Takut terlanggar sendok atau hantu kalau x tebas.

Berbaloi juga sebab selepas kawasan semak samun, ada trek balak lama menuju kepuncak bukit. Disini ada kawasan lapang mengadap pantai Kemasik. Buat tempat pelepasan Paragliding pun sesuai.

Banyak pokok2 tumbang

DownHill pun bleh tahan jugak

Pekena air kelapa muda dan goreng pisang panas kat pantai kemasik

Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai

Musim cuti ni ramai orang balik kampung. Ada yg berkereta, ada yang bemotorsikal dan bermacam macam. Yang menarik perhatian saya tadi, sepasang suami isteri dan seorang kawan balik kampung menaiki basikal.

Rehat kejap bwh pokok.

Basahkan tengkok sikit.

Tak sampai 5 minit rehat, sambung kayuhan.Diorang ni gila kot. GILAKAYUH....Biasanya mat saleh jer wak kerja mcm ni. Skrg Mamat bin Saleh pun dah kena penyakit gila ni.

Jauh lagi nak sampai beyy. Kawe dari Kl nok kelik Kaley Kubur

Tapi yang ni lagi GILA. Nok gi Lubang Kubur

Tuesday, February 9, 2010

Air Kelapa Muda

Setelah penat berlatih geng Kerteh Cyc akan berhenti menghilang dahaga di gerai ini berdekatan dengan stesen minyak Esso. Pada kawan-kawan yang tak dapat berkayuh boleh juga datang untuk berborak/"meeting" di gerai ini sambil mendapatkan tunjuk ajar drp coach.....



XTVT Hari Minggu












Sunday, February 7, 2010

JOM PAKAT KAYUH

Kalau kaum ibu ada senamrobiknya, kaum bapa pula boleh join sekali berkumpul dan melakukan stretching kemudian berbasikal. Tak kisah lah apa jenis basikal sekali pun (racing/mountain/bmx/antik) asalkan dapat bersama keluarkan peluh & mengambil udara segar sambil menjaga kesihatan. Anak2 yang sudah membesar di galakan mengikuti, mana tahu satu masa nanti boleh jadi mewakili pasukan negara.

Peringkat permulaan bolehlah kayuh kawasan persekitaran sahaja sudah mencukupi. Kemudian hari apabila otot2 dah keras, ada stamina boleh lah pergi lebih jauh. Aktiviti begini dapat kita mengeratkan lagi saliturrahim.

Di Kerteh sekarang sudah ada Geng MTB dan Roadbike dari Kertehcyc yang begitu aktif pada setiap pagi hari sabtu.

Kepada sesiapa yang berminat dengan MTB dan ingin turut serta bolehlah datang pada :-

Hari : Setiap Sabtu
Tempat berkumpul : Hadapan Sek. Keb. Kg. Baru Kerteh
Masa berkumpul : 7.30 pagi – 8.00 pagi