Sunday, April 10, 2011

Kayuhan Perpisahan

Hari ini 09/04/2011 adalah merupakan kayuhan terakhir saudara Shah Redza. Di fahamkan bahawa Saudara Din Scuba telah membuat persiapan awal untuk perpindahan saudara Shah Redza ke Langkawai bagi menjalani latihan yang lebih lasak lagi di sana.
Agak sedih juga Shah untuk meninggalkan kertehcyc namun apakan daya demi tugas terpaksa meninggalkan rakan-rakan semua. Kami dari warga kertehcyc memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya ada salah dan silap terkasar bahasa tersabotaj ketika kau up hill harap maafkan.
Antara gambar-gambar yang sempat di rakamkan oleh jurufoto yang di jemput khas oleh Din Scuba.
Yang mengangkat tangan tu tanda kegembiraan kerana berjaya melalui bypass ... hehe
Shah Redza tetap power .. yang menolak tu bukan tak larat cuma bagi ruang pada Shah Redza ..
Raja Bukit Duduk memang terduduk kerana kali kedua rantainya putus ....
Nak kasi bunyi pomm .. pomm .. pomm .. pun boleh ni ....
Tuan presiden tergolek ...
Shah Redza bergambar kenangan bersama Raja Bukit Duduk ...
Din Scuba cuba melepasi halangan tampa disedari oleh salah seorang pendulang emas ....
Din ... aku bilang 1..2..3.. kau lompat pejam mata ye ! ...
Seringgit .. dua ringgit .. tiga ringgit .. alamak mana cukup ni din dah balun dua tiga pingan ...