Wednesday, December 5, 2012

KAYUHAN AMAL 2012

Pada 24 November 2012, KertehCyc telah menganjukan Kayuhan Amal 2012, bertempat di Tapak Pasar Malam Kg Baru Kerteh. Seramai 72 orang peserta telah mendaftar dan membuat pembayaran, dari jumlah tersebut seramai 58 orang telah hadir pada hari tersebut. Jarak kayuhan adalah 38 KM, peserta pertama menamatkan kayuhan dalam masa 1 jam 42 minit. Pihak Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan dan penyertaan anda. Dengan dana yang terkumpul, pihak kami berjaya membeli sebanyak 10 buah basikal dan telah menyerahkan kepada pihak yang terbabit pada hari yang sama. Jelas terbayang kegembiraan di wajah mereka ketika menerima sumbangan anda semua.

Dalam acara ini kami turut memberi "placing" atau kedudukan kepada peserta, tiada hadiah ditawarkan, cuma untuk kepuasan individu. Berikut adalah kedudukan 1 hingga 5 :


  1. Saudara Hakimi Han B Hamka - 1 jam 42 minit
  2. Saudara Abdul Arif - 1 jam 43 minit
  3. Saudara Shahid - 1 jam 44 minit
  4. Saudara Fendi - 1 jam 49 minit\
  5. Saudara Abd Rahim Awang - 1 jam 50 minit
Admin juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah bersama menjayakan program  pada hari tersebut.

Wajah Ceria Penerima Sumbangan

Peserta dari Manjung

Kenderaan dari Team Heavy 66

Menanti dilepaskan

Didahului kenderaan Polis dan Marshal

Pserta memulkan kayuhan

Sedia membantu walaupun baru bertemu.

Antara laluan yang dilalui peserta.

Downhill

Peserta diiringi marshal berbasikal

Marshal dari PDRM

Peserta diberi kedudukan di garisan penamat

Tulang belakang acara.

Menjamu selera selepas berkayuh.

Penaja barangan basikal untuk cabutan bertuah dari Cyclestream

Antara peserta yang bertuah
 Akhir kata, terima kasih semua yg menjayakan acara ini.

Monday, October 15, 2012

KCYC – Kayuhan Amal 2012


KCYC - KAYUHAN AMAL 2012


Tajuk:               KCYC – Kayuhan Amal 2012
Anjuran:           Kerteh Cycling Community (KCYC)
Tarikh:             24 November 2012
Masa:              7:00 am
Lokasi:            Tapak Pasar Malam Kg Baru Kerteh, Terengganu
(belakang balai polis Kerteh)

Objektif:
®     Mengumpul sumbangan utk bantuan basikal kpd kanak2 sekolah yg kurang berkemampuan
®     Terapkan cara hidup sihat
®     Berinteraksi sesama komuniti basikal & masyarakat setempat

Konsep & Syarat Kayuhan:
®     Berkonsep FUNRIDE
®     Tiada ranking/kategori kerana ia BUKAN perlumbaan
®     Peserta akan berkayuh berpandukan arah dr papan tanda & zebra tape sementara marshall akan berkayuh bersama peserta
®     Water point tidak disediakan. Refreshment (lunch) disediakan selepas kayuhan.
®     Tiada hadiah disediakan kerana ini adalah acara sukarela/aktiviti amal
®     Terbuka utk semua peringkat umur & jantina
®     Mempunyai basikal MTB yang sempurna untuk aktiviti offroad
®     Memakai Cycling Helmet & pakaian yg bersuaian

Info Trek:
®     Jarak:    35KM
®      20% Road, 80% Offroad
®      Laluan: Laluan: Jalan tar, kampung, hutan simpan, ladang getah dan sawit. “Everything is rideable’
®     Peserta diminta berhati-hati bila melalui kawasan ‘downhil’ dan juga alur-alur air

Timeline:
®     7:00 – 7:30            : Berkumpul & Pendaftaran
®     7:30 – 8:00            : Taklimat Trek & Keselamatan
®     8:00 – 11:00          : Flag Off at 8am
®     11:00 – 11:30        : Lunch
®     11:30 – 12:00        : Penyampaian Sumbangan Amal
®     12:00                     : Bersurai

Yuran & Perbelanjaan:
®     Yuran Penyertaan:                                          RM30.00
o   Bantuan Amal:                         RM20.00
o   Refreshment & Perbelanjaan:   RM10.00
®     Bayaran tambahan dialu-alukan utk menambah tabung sumbangan

Cara Bayaran:
®     Pembayaran yuran terus kepada:
o   Nama:                   Syaril Rizan bin Abd Razak
o   Alamat:                 Cyclestream, Bandar Baru Kerteh, Terengganu
o   Tel/WhatsApp:       014-5226863
®     Pembayaran yuran melalui pindahan akaun:
o   Nama akaun:          Sharil Razman bin Daud
o   Bank:                     Maybank
o   No Akaun:             1122 1401 6537
o   Tel/WhatsApp:        019-3341381
®     Untuk pengesahan penyertaan, bukti pembayaran hendaklah dihantar besertakan dgn borang penyertaan yg telah diisikan melalui:
o   Fax:        09-8264100
o   Emel:     kertehcyc@gmail.com
o   Dibayar & diserahkan terus kpd En Syaril Rizan di Cyclestream, Bandar Baru Kerteh

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
En Yazid
019-9836284
En Mohd Tajuddin
017-8910904
En Muazam Abdullah
012-9858404

En Sharil Daud           
019-3341381

En Syaril Rizan (Cyclestream)
014-5226863

*Nama disusun mengikut tahap kehenseman :D

NOTA : Perlu dibaca oleh semua peserta.
Persetujuan untuk menyertai acara ini adalah tertakluk kepada syarat serta terma seperti  tertakluk dibawah.
“Saya dengan ini mengaku bahawa saya memahami dan akan mematuhi segala peraturan yang digunakan pakai dalam acara KCYC- Kayuhan Amal 2012 ini. Saya sihat dan telah berlatih dan bersedia utk mengambil bahagian dalam acara ini atas risiko saya sendiri walaupun saya sedar acara bebasikal ini merupakan acara berisiko tinggi dan berbahaya. Dengan ini saya juga mengaku tidak mempertanggungjawabkan penganjur, jawatankuasa penganjur, sukarela  keatas sebarang kemalangan,kecederaan atau kematian terhadap diri saya mahupun kehilangan harta benda sebelum, semasa mahupun selepas acara ini tamat dijalankan. Saya bersetuju untuk berbasikal dalam keadaan yang selamat,memastikan basikal dalam keadaan sempurna dan memakai helmet berbasikal”.


Tuesday, May 8, 2012

Jasin Jamboree 2012

    Bertarikh 29hb April 2012, rakan rakan Kerteh Cyc telah menyertai Jasin Jamboree bertempat di IPD Jasin. Kesemua rakan rakan Kerteh Cyc yang hadir pada hari tersebut dapat menamatkan kayuhan dan mereka semua berpuashati, dan ianya menjadi satu kenangan manis buat mereka.

     Admin ingin mengucapkan taniah kepada pihak penganjur dan mereka yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Berikut adalah sedikit gambaran yang boleh dikongsi.
Tapak Permulaan
2,000 lebih orang peserta
Bergambar sebelum bermula
Saudara Yazid Ali
Kayuhan bermula
Suadara Yazid memulakan kayuhan
Din SCUBA ditinggalkan Yazid
Menghampiri laluan offroad
Din SCUBA ketinggalan didownhill Bukit Langsat

Laluan berbecak
Saudara Malek, cara kayuhan yang mantap
Orang muda tercabar dengan cara kayuhan Yazid

Menunggu cabutan bertuah


Bersama sama rakan dari Dungun dan Paka

Para Peserta sabar menanti Cabutan Bertuah

Bersiap sebelum memulakan kayuhan

      Akhir kata, rata rata yang menyertai Jamboree baru baru ini amat berpuashati. Taniah kepada pihak penganjur dan mereka yang terlibat.



Wednesday, March 21, 2012

Kayuhan Jeram Penitih Ditunda

       Untuk makluman semua peserta Kayuhan Jeram Penitih, aktiviti ini terpaksa ditangguhkan kepada 14 hb April 2012 diatas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Admin memohon ribuan maaf kepada semua bagi pihak penganjur.

Tuesday, March 6, 2012

Kayuhan Persahabatan

      Terlebih dahulu KertehCyc ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yag sudi hadir pada hari tersebut. Ada yang datang dari Paka, Dungun, Kemaman dan juga Kerteh, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Kayuhan ini keketuai ole Hj Achang dan dipengurusikan ole Hj Isa. Terima Kasih sekali lagi diatas kesudian anda dan masa anda. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil pada hari tersebut.


Kata kata aluan dari Haji Isa

Pertemuan dua sahabat. Cikgu Husin dan Hj Achang

Bergambar sebelum mulakan kayuhan.

Untuk Kenangan

Menuju ke offroad

Hj Achang mengetuai kumpulan.

Sedikit mendaki

Menunggu rakan rakan lain

Menunggu lagi sambil berbual

Menunggu

Sedikit acara teknikal

DH teknikal


Bergambar sementara menunggu

DH

Berehat seketika setelah keluar Offroad
sebelum memasuki offroad lagi

Salin membantu ketika rakan menghadapi masalah.

DH lagi
Berehat sebentar
Hj Azlan


Laluan teknikal mudah

Menjamu selera selepas berkayuh

Menikmati mee dan bihun sup.