Wednesday, March 31, 2010

Sg.Lembing MTB Challenge

Salam,
tahniah pada Kerteh Cyc,Paka n Dungun cyclists yg menyertai SLMTBC race.
Wakil Cyc berjaya meraih tempat ke-5 and 10 dalam kategori masing2.Semoga kejayaan
ini memberi perangsang pada kawan2 semua untuk berusaha lebih kuat lagi...InsyaAllah.
Kalau tak boleh dalam race pun,berjaya kurangkan berat badan dan stay fit kira Alhamdulillah syukur. Go!!Go!! Cyc...

salah 1DH dalam SLMTBC race
Rosli Yunus in action

Faid Loqman in action
Hj.Ahsan,tulang titanium,urat fibre optic...5th

wakil dungun,paka n cyc

Open cat.penuh dgn PRO's.Anuar Manan pun ader.
Dokleh cari makan !!!





Tuesday, March 30, 2010

Berbasikal boleh perbaiki system pernafasan

  • Berkayuhlah pada awal pagi kerana udara lebih segar dan tidak banyak kenderaan
  • Elakan berkayuh di tengah panas. Pakai topi dan cermin mata gelap jika berkayuh dalam cuaca begitu.
  • Buat regangan atau senaman ringan sebelum berkayuh bagi pastikan kelancaran pernafasan, selain untuk elakan kecederaan. Lakukan sit-up, regangan belakang, tengkuk, betis dan kaki, hamstring serta bahu.
  • Jangan berkayuh dengan perut kosong atau ketika terlalu kenyang. Minum air biasa atau jus. Tetapi elakan minum susu.
  • Cukup sekadar berkayuh 15 hingga 20 minit dalam masa tiga atau empat kali seminggu. Jangan paksa kemampuan anda.
  • Pakain mesti sesuai dan tidak ketat. Kasut perlu selesa dan topi keledar penting bagi elakkan kecelakaan. Wanita mesti memakai pakaian dalam yang sesuai dan ringan.
  • Jika baru mula berbasikal, jangan cuba tunjuk lagak dengan berkayuh di kawasan berbukit yang memenatkan. Mulakan dengan kawasan atau laluan landai.
  • Elakan berbasikal pada waktu malam. Jika terpaksa, guna peralatan sesuai seperti lampu berkelip yang diletak di belakang tempat duduk. Pada masa sama, gunakan pakaian yang memantulkan cahaya.
  • Jangan lupa bawa botol air. Minum setiap 15 minit untuk elakkan badan mengalami kekeringan.
  • Lebih seronok jika berbasikal beramai-ramai bersama keluarga, rakan atau jiran kerana ia boleh mengurangkan kebosanan serta kepenatan.

Sekali sekala, kayuh diair

Kebelakangan ni, blog sunyi sepi. takde xtvt atau sebab2 lain. Mari meriahkan kembali Blog Kita
,
Scubandut mencuba kayuh di Air pula

ScubaDin, cikgu kayuh dalam air