Sunday, February 7, 2010

JOM PAKAT KAYUH

Kalau kaum ibu ada senamrobiknya, kaum bapa pula boleh join sekali berkumpul dan melakukan stretching kemudian berbasikal. Tak kisah lah apa jenis basikal sekali pun (racing/mountain/bmx/antik) asalkan dapat bersama keluarkan peluh & mengambil udara segar sambil menjaga kesihatan. Anak2 yang sudah membesar di galakan mengikuti, mana tahu satu masa nanti boleh jadi mewakili pasukan negara.

Peringkat permulaan bolehlah kayuh kawasan persekitaran sahaja sudah mencukupi. Kemudian hari apabila otot2 dah keras, ada stamina boleh lah pergi lebih jauh. Aktiviti begini dapat kita mengeratkan lagi saliturrahim.

Di Kerteh sekarang sudah ada Geng MTB dan Roadbike dari Kertehcyc yang begitu aktif pada setiap pagi hari sabtu.

Kepada sesiapa yang berminat dengan MTB dan ingin turut serta bolehlah datang pada :-

Hari : Setiap Sabtu
Tempat berkumpul : Hadapan Sek. Keb. Kg. Baru Kerteh
Masa berkumpul : 7.30 pagi – 8.00 pagi

1 comment:

B.A.R.T said...

bro area kedah xda ke???