Tuesday, March 1, 2011

Karnival Kayuh Sokmo Jeli Kelantan

Assalamualaikum para rider semua kita akan mulakan jam 7.45, tunggu-tunggu tak mula lagi, ok kita akan mula jam 8.00 tak mula juga, masa tu suara-suara sumbang dah kedengaran rupa-rupanya dok tunggu YB sampai jam 8.15 baru flag of. Masa tu matahari dah memancar panasnya.

Kayuhan bermula dengan trek road sejauh 7 km, rasanya ok lagi dah masuk offroad terus mendaki dan sempat juga aku buka gps dan lihatlah ketinggian trek di Jeli. Apapun kami semua dari kertehcyc tetap menghabiskan kayuhan sejauh 41.6 km.

Pakcik kat depan tu memang power, basikal single speed berkasut PCK tapi tak tau lah kayuhan dia sampai kat mana
Sempat juga aku bergambar dengan Anuar Manan.
Kalu nak di ukur dua-dua ni sama power tapi Azrul mungkin bagi perluang pada Anuar untuk menang.
Keliru sikit mana satu Anuar Manan ni ?
Tahniah kepada adik Biha kerana menjuari tempat ke 3 dan juga Raja bukit kategori wanita.

1 comment:

QQ said...

ter-baek..sgt syOk tapi dgr rOute sgt hard-core!!!klu teman pancit dah tue...