Sunday, January 23, 2011

KAYUHAN PERSAHABATAN 2011


Tercetus idea untuk membuat aktiviti Kayuhan Persahabatan ini dalam masa yang amat singkat sekali hanya dua minggu sahaja. Moto kayuhan kami ialah KITA KAYUH KITA KENAL KITA KAWAN. Pada asalnya cadangan kami hanya untuk kayuhan biasa-biasa sahaja tetapi pada saat akhir kami telah mendapat sumbangan hamper serta air 100plus daripada individu-individu yang baik hati. Terima kasih banyak-banyak kalau ada, lain kali nak lagi. Alhamdulilah berkat usaha dan kerjasama dari geng kertehcyc terutama pencetus idea Din Scuba dan Syeikh Kona yang telah banyak menyumbang tenaga akhirnya semua persiapan berjalan dengan lancar seperti yang di rancang.

InsyaAllah kami bercadang akan menetapkan aktiviti ini sebagai acara tahunan kertehcyc dan menjadikan ia lebih meriah lagi.

Seramai 63 orang peserta telah hadir dan menghabiskan kayuhan sejauh 25 km. Kami bagi pihak Kertehcyc Mtb Team ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua peserta-peserta yang bersusah payah datang dari jauh terutama dari Team Rtbkuantan, Paka, Dungun dan Chukai Kemaman dan diharap anda semua berpuas hati dengan program ini. Segala kesilapan dan kekurangan kami memohon berbanyak-banyak kemaafan.
Pendaftaran peserta bagi mengambil nombor cabutan bertuah.
Senaman ringkas tetapi berkesan telah di ketuai oleh Saudara Hj. Ahsan ( Juragan Kertehcyc ) sebelum kayuhan bermula.
Program telah di rasmikan oleh Pengerusi JKKK Kg. Baru Kerteh.
Kayuhan bermula dengan penuh semangat persahabatan.
Pengerak utama Kertehcyc Din Scuba sebagai marshal bagi memastikan semua peserta tidak tersesat.
Perut dah kedepan sbb lama tak kayuh. Tapi hari ini tiba-tiba muncul bersama-sama dengan kami bagi memeriahkan lagi Kayuhan Persahabatan ini. Terima kasih banyak-banyak kerana datang tapi lupa nak mintak sponsor nasi ayam untuk krew.
Antara marking trek yang ada dan alhamdullilah semua peserta tidak terbabas kelaluan lain.
Marshal dan jurugambar dengan 4x4

Pemenang grand lucky draw telah menerima helmet.
Lagi gambar-gambar di page galeri gambar

1 comment:

QQ said...

; route sgt syOk & teman try kayuh jugak sampai abis walaupun gear cannondale teman injured!!!hahaha...

BravO!!!!

Sangat syOk kayuh ber-sama anda semua ;)