Monday, February 7, 2011

" Sport Tracker "

Bukan nak menunjuk hebat berkayuh tapi cuma nak cari kepuasan apabila berkayuh. Petang tadi bersama otai Din Venzo dan Din Scuba menerjah beberapa bukit yang tak seberapa tingginya tapi cukuplah sekadar nak mengeluarkan peluh-peluh yang dah lama terperap. Trek baru ni sejauh 24 km dan kalau nak di hitung ini lah antara trek offroad yang paling sesuai untuk pengayuh-pengayuh yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal bukit. Sebelum menerjah bukit rider perlulah melalui jalan yang bertar bermula dari Mini Stadium Kerteh hingga ke jambatan Pengkalan Ranggon sejauh 7.5km sahaja.
Jengok-jengoklah slide show di bawah di antara gambar trek yang sempat di ambil.

Selamat berkayuh

" KITA KAYUH KITA KENAL dan KITA KAWAN "

Info Terkini disebelah kanan screen anda.



No comments: