Wednesday, July 29, 2009

Panduan Sebelum Kayuh

Beberapa tips sebelum mengayuh basikal bagi mereka yang baru.


1. Pastikan tahap kesihatan kita baik.

2. Peralatan yang akan digunakan baik (Basikal atau alatan sukan yang lain)

3. Memahami dan tahu mengunakan peralatan yang akan digunakan.

4. Tahu kemampuan diri

5. Tidak makan makanan yang berat 2 jam sebelum kayuh.

6. Jika perlu hanya makan Roti atau jenis makanan pembekal tenaga.

7. Jangan berkayuh jika sakit atau pening kepala ( kecuali mereka yang dah biasa, kerana bagi dah biasa , yang demam selalunya hilang demam)

8. Sebelum berkayuh , Mulakan dengan rengangan ikut keselesaan.

9. Paling baik, gunakan gear yang ringan dahulu.

10. Pilih kayuhan di jalan yang rata dan tidak jauh di peringkat awal ini.

11. Elakan kayuhan mendaki bukit

12. Jangan berkayuh di laluan yang orang kurang laluinya

13. Elakan berkayuh di laluan sibuk

14. Sentiasa bawa air. ( peringkat awal ni bawa air meneral atau masak sahaja )

15. Hanya tambah jarak kayuhan setelah yakin boleh dan berkemampuan

16. Yang penting tidak merokok kerana misi kayuhan kita adalah untuk kesihatan.

Curam di Kebun Getah

video

Tuesday, July 28, 2009

Safety


Baru-baru ini saudara Fikri telah mengalami kecederaan bahu kiri(patah) akibat terjatuh ketika melakukan breakway. Sumber menyatakan kelajuan beliau ketika itu 62.5km/j.
Saya ingin berpesan kepada diri saya dan juga rakan-rakan, utamakan keselamatan tidak kira dimana anda berada samada di rumah, pejabat atau bersukan.


Team works


Bila ada saja masalah salah sebuah basikal yang mengikuti offroad ini, pasti dengan semangat team works yang ada pada mereka yang diketua oleh otai Mustapa, Azim dan Fatah masalah dapat diatasi bersama.

Sifu


Walaupun dengan hanya sebelah tangan, berseluar pendek apek dan memakai capar, sifu masih lagi dapat memberi tunjuk ajar kepada pelumba yang semakin meningkat naik iaitu Wan Zul kita... Sifu yang dimaksudkan itu ialah Capt Malik. Beliaulah tempat rujukan semua team members pasal basikal.


Monday, July 27, 2009

LE TOUR DE FRANCE



Pada tahun 2010, kemungkinan besar pasukan lumba basikal Kerteh akan menghantar pelumba basikalnya ke Le Tour De France. Para pelumba sedang giat berlatih tanpa jemu. Pasukan ini yang dianggotai oleh saudara Ujang, Pok Leh, Muazam, Zamri, Wan Zul, Fikri, Fauzi dan beberapa orang lagi yang sangat digeruni. Pasukan ini telah beberapa kali memenangi kejohanan besar. Pelumba yang sedang meningkat naik ialah saudara Wan Zul. Beliau telah menunjukkan kebolehan luarbiasanya dengan menunggang basikal sambil menyanyi lagu NegaraKu dan Beat It. Zul jangan mare....nanti kena jual.....

Sunday, July 26, 2009

KAYUH SIKAL PTG JUMAAT DGN 'TEAM MEMBERS'

Petang Jumaat 24/07/2009 Yazid, Nasuha, Rosli, Nizam dan saya berkayuh 'off road' dari Kampong Baru Kerteh melalui jalan lebuh raya yang sedang didalam pembinaan. Jalan 'off road' ini sungguh mencabar minda dan tenaga. Terdapat laluan berbukit yang boleh dikategorikan tinggi yang memerlukan tenaga yang banyak untuk pendakian(spt gambar di bawah). Sesiapa yang berminat untuk menyertai 'jom kayuh' ini, kami sangat mengalu-alukan. Jumpa lagi......

Nasuha....












Rosli....













Nizam....












Yazid....