Beberapa tips sebelum mengayuh basikal bagi mereka yang baru.
1. Pastikan tahap kesihatan kita baik.
2. Peralatan yang akan digunakan baik (Basikal atau alatan sukan yang lain)
3. Memahami dan tahu mengunakan peralatan yang akan digunakan.
4. Tahu kemampuan diri
5. Tidak makan makanan yang berat 2 jam sebelum kayuh.
6. Jika perlu hanya makan Roti atau jenis makanan pembekal tenaga.
7. Jangan berkayuh jika sakit atau pening kepala ( kecuali mereka yang dah biasa, kerana bagi dah biasa , yang demam selalunya hilang demam)
8. Sebelum berkayuh , Mulakan dengan rengangan ikut keselesaan.
9. Paling baik, gunakan gear yang ringan dahulu.
10. Pilih kayuhan di jalan yang rata dan tidak jauh di peringkat awal ini.
11. Elakan kayuhan mendaki bukit
12. Jangan berkayuh di laluan yang orang kurang laluinya
13. Elakan berkayuh di laluan sibuk
14. Sentiasa bawa air. ( peringkat awal ni bawa air meneral atau masak sahaja )
15. Hanya tambah jarak kayuhan setelah yakin boleh dan berkemampuan
16. Yang penting tidak merokok kerana misi kayuhan kita adalah untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment