KertehCyc ( Kerteh Cycling Community )
AKTIVITI MINGGUAN
Hari : Setiap pagi hari Sabtu
Tempat Berkumpul : Hadapan Sek. Men. Kg. Baru Kerteh
Tempat Berkumpul : Hadapan Sek. Men. Kg. Baru Kerteh
Masa berkumpul : 7.30 pagi - 8.30 pagi
Mula bergerak : 8.30 pagi
Jangka Tamat : 11.45 pagi
Trek : off road / onroad
Trek : off road / onroad
Tujuan
Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aktiviti sihat melalui berbasikal di Kerteh. Terdapat ramai pemilik-pemilik basikal dari jenis MTB (Mountain Bike), Roadbike, Basikal klasik Fixie dan sebagainya di Kerteh tetapi tiada pihak yang boleh menggerakkan aktiviti ini. Oleh itu kami menjemput semua lapisan masyarakat di Kerteh ini tak kira apa jenis latar belakang pekerjaan, bangsa dan umur untuk turut sama-sama beriadah, bersukan, bersenam melalui aktiviti berbasikal.
Objektif
· Konsep kayuhan adalah KITA KAYUH, KITA KENAL dan
KITA KAWAN.
· Jalinan silaturahim dapat dieratkan lagi di antara golongan
muda dan tua.
muda dan tua.
· Menarik minat golongan belia serta masyarakat setempat untuk
menyertai aktiviti berbasikal
menyertai aktiviti berbasikal
· Dapat membina masyarakat yang sihat dan cergas.
· Memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.
· Mempromosikan aktiviti berbasikal
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah datang terus ke lokasi seperti di atas tanpa segan dan malu.
" KITA KAYUH KITA KENAL dan KITA KAWAN "