Saturday, February 12, 2011

Kayuhan Amal

Kayuh tu kayuh juga yang penting pengisian kayuhan yang murni perlu ada di samping amal kebajikan. Kayuhan Amal ini telah dianjurkan oleh BAKIP Ethylene Polyethylene Malaysia Sdn Bhd di Surau Kampung Air Jernih Kemasik. Kertehcyc juga turut sama menjayakan program membersih serta membaik pulih bangunan surau bersama-sama dengan penduduk kampung.
Alhamdulilah, berkat usaha murni penganjur semua peserta telah diraikan oleh oleh Ketua kampung, Tuan Iman serta penduduk kampung dan juga amat menghargai di atas sumbangan yang di berikan.
Program ini telah di rasmikan oleh Pengurus EPEMSB, Ketua Kampung dan juga Tuan Iman Kg. Air Jernih. Tahniah kepada Community Cycling EPEMSB ........

Monday, February 7, 2011

" Sport Tracker "

Bukan nak menunjuk hebat berkayuh tapi cuma nak cari kepuasan apabila berkayuh. Petang tadi bersama otai Din Venzo dan Din Scuba menerjah beberapa bukit yang tak seberapa tingginya tapi cukuplah sekadar nak mengeluarkan peluh-peluh yang dah lama terperap. Trek baru ni sejauh 24 km dan kalau nak di hitung ini lah antara trek offroad yang paling sesuai untuk pengayuh-pengayuh yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal bukit. Sebelum menerjah bukit rider perlulah melalui jalan yang bertar bermula dari Mini Stadium Kerteh hingga ke jambatan Pengkalan Ranggon sejauh 7.5km sahaja.
Jengok-jengoklah slide show di bawah di antara gambar trek yang sempat di ambil.

Selamat berkayuh

" KITA KAYUH KITA KENAL dan KITA KAWAN "

Info Terkini disebelah kanan screen anda.