Seperti biasa setiap pagi sabtu kami berkumpul di hadapan SMKKB dengan semangat setikawan dan semuanya nampak ceria untuk menerjah bukit. Pagi tadi kayuhan telah di pandu oleh Muazam dengan penuh kerahsiaan trek offroad mana nak dituju. Lepas satu bukit ke satu bukit kami terjah masuk kampong sampai ke kawasan ternakan kambing. Nasib baik kami sampai di kedai dan topup air mineral kerana dah jangka Muazam akan bawa kami lebih jauh lagi. Kami menerjah lagi bukit yang ada sehingga lah jarak kayuhan kami sejauh 40 km.
Walaupun Cik Yam tak dapat ikut serta kali ini tetapi tetap menghantar wakilnya Haro.
Masa ni kami dapat berehat lama sikit kerana rotor basikal sharil telah terbelit dengan pukat dan terpaksa cabut keluar rotor untuk mengeluarkan pukat.
Pprz keletihan .......
1 comment:
Trek: Chabang-->Bukit Madi-->Kebun Nyor Pandan-->Ranggun-->Highway-->Chabang.
Jarak: 38 km
Masa: 0830-1200 hrs.
Ulasan trek: Consider 99% offroad. Ringkasan laluannya merangkumi teres kelapa sawit, kebun getah, ladang nyior pandan, laluan tepi highway, laluan highway under construction (10 km) dan kembali semula ke tempat pelepasan.
Trek semasa uphill consider ride'able', tiada yg terlalu mejerihkan. Terdapat juga beberapa teknikal 'uphill' slop. Bila sampai kelokasi macam ni, kena pandai dan cepat tukar gear. Manakala part yg paling best adalah apabila sampai part downhill. Kena pulak tiba pada downhill yang boleh jump..memang best.
Cadangan untuk penambahbaikan trek ini: 10 km jarak kembali yg guna highway yg still under construction. Eloknya kalau boleh cari route lain. Samada try route kanan highway (if refer our direction toward Chabang)..tapi rasanya route tu menghala kehutan..bukit. Ini kena dipastikan.
Ataupun ambil route kelapa sawit disebelah kiri highway. Tapi kena elakkan drpd bertemu semula route laluan datang.
Post a Comment