Peringkat permulaan bolehlah kayuh kawasan persekitaran sahaja sudah mencukupi. Kemudian hari apabila otot2 dah keras, ada stamina boleh lah pergi lebih jauh. Aktiviti begini dapat kita mengeratkan lagi saliturrahim. Kita kayuh kita boleh berkenalan antara satu sama lain serta akan menjadi kawan.
PENDAFTARAN AHLI
Di Kerteh sekarang sudah ada Geng MTB dan Roadbike dari Kertehcyc yang begitu aktif pada setiap pagi hari sabtu.Ramai juga pernah menyertai jamboree seperti di Muar, Jasin, Semuji dan dll.Oleh kerana itu, sebagai permulaannya Kertehcyc sedang berusaha untuk mengumpulkan ahli-ahlinya dan terbuka kepada semua golongan samaada lelaki dan wanita kanak-kanak, golongan belia serta dewasa bagi memeriahkan lagi aktiviti berbasikal. Kertehcyc juga mengadakan jersi rasmi untuk ahli-ahli dengan kos yang berpatutan. Jersi ini juga akan digunakan sebagai pengenalan Team Group Kertehcyc apabila menyertai mana-mana Jamboree atau pertandingan.
TIADA YURAN ...KEAHLIAN ADALAH PERCUMA
Untuk pendaftaran sila ke http://kertehcyc-xtvt.blogspot.com
No comments:
Post a Comment