Saturday, July 24, 2010

Buang Lemak



Disini lah tempat menunggu kawan-kawan setiap pagi sabtu
Hj. Ahsan sedang memberi sedikit taklimat keselamatan sebelum memulakan kayuhan
Seperti biasalah periksa apa yang patut terutama brek, tayar dan sebagainya.



Kenapa tu din ....
Antaran halangan yang perlu di tempuh
Pudin, kalau nak pecah lemak kena banyak sabar .....


Thursday, July 1, 2010

KiTa KaYuH KiTa KeNaL KiTa KaWaN

Berbasikal amat baik sekali untuk kesihatan kita. Tak kisah lah apa jenis basikal sekali pun (racing/mountain/bmx/antik) asalkan dapat bersama keluarkan peluh & mengambil udara segar sambil menjaga kesihatan.

Peringkat permulaan bolehlah kayuh kawasan persekitaran sahaja sudah mencukupi. Kemudian hari apabila otot2 dah keras, ada stamina boleh lah pergi lebih jauh. Aktiviti begini dapat kita mengeratkan lagi saliturrahim. Kita kayuh kita boleh berkenalan antara satu sama lain serta akan menjadi kawan.

PENDAFTARAN AHLI

Di Kerteh sekarang sudah ada Geng MTB dan Roadbike dari Kertehcyc yang begitu aktif pada setiap pagi hari sabtu.Ramai juga pernah menyertai jamboree seperti di Muar, Jasin, Semuji dan dll.Oleh kerana itu, sebagai permulaannya Kertehcyc sedang berusaha untuk mengumpulkan ahli-ahlinya dan terbuka kepada semua golongan samaada lelaki dan wanita kanak-kanak, golongan belia serta dewasa bagi memeriahkan lagi aktiviti berbasikal. Kertehcyc juga mengadakan jersi rasmi untuk ahli-ahli dengan kos yang berpatutan. Jersi ini juga akan digunakan sebagai pengenalan Team Group Kertehcyc apabila menyertai mana-mana Jamboree atau pertandingan.

TIADA YURAN ...KEAHLIAN ADALAH PERCUMA

Untuk pendaftaran sila ke http://kertehcyc-xtvt.blogspot.com