- Berkayuhlah pada awal pagi kerana udara lebih segar dan tidak banyak kenderaan
- Elakan berkayuh di tengah panas. Pakai topi dan cermin mata gelap jika berkayuh dalam cuaca begitu.
- Buat regangan atau senaman ringan sebelum berkayuh bagi pastikan kelancaran pernafasan, selain untuk elakan kecederaan. Lakukan sit-up, regangan belakang, tengkuk, betis dan kaki, hamstring serta bahu.
- Jangan berkayuh dengan perut kosong atau ketika terlalu kenyang. Minum air biasa atau jus. Tetapi elakan minum susu.
- Cukup sekadar berkayuh 15 hingga 20 minit dalam masa tiga atau empat kali seminggu. Jangan paksa kemampuan anda.
- Pakain mesti sesuai dan tidak ketat. Kasut perlu selesa dan topi keledar penting bagi elakkan kecelakaan. Wanita mesti memakai pakaian dalam yang sesuai dan ringan.
- Jika baru mula berbasikal, jangan cuba tunjuk lagak dengan berkayuh di kawasan berbukit yang memenatkan. Mulakan dengan kawasan atau laluan landai.
- Elakan berbasikal pada waktu malam. Jika terpaksa, guna peralatan sesuai seperti lampu berkelip yang diletak di belakang tempat duduk. Pada masa sama, gunakan pakaian yang memantulkan cahaya.
- Jangan lupa bawa botol air. Minum setiap 15 minit untuk elakkan badan mengalami kekeringan.
- Lebih seronok jika berbasikal beramai-ramai bersama keluarga, rakan atau jiran kerana ia boleh mengurangkan kebosanan serta kepenatan.
Tuesday, March 30, 2010
Berbasikal boleh perbaiki system pernafasan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment