Thursday, July 30, 2009
Wednesday, July 29, 2009
Panduan Sebelum Kayuh
Beberapa tips sebelum mengayuh basikal bagi mereka yang baru.
1. Pastikan tahap kesihatan kita baik.
2. Peralatan yang akan digunakan baik (Basikal atau alatan sukan yang lain)
3. Memahami dan tahu mengunakan peralatan yang akan digunakan.
4. Tahu kemampuan diri
5. Tidak makan makanan yang berat 2 jam sebelum kayuh.
6. Jika perlu hanya makan Roti atau jenis makanan pembekal tenaga.
7. Jangan berkayuh jika sakit atau pening kepala ( kecuali mereka yang dah biasa, kerana bagi dah biasa , yang demam selalunya hilang demam)
8. Sebelum berkayuh , Mulakan dengan rengangan ikut keselesaan.
9. Paling baik, gunakan gear yang ringan dahulu.
10. Pilih kayuhan di jalan yang rata dan tidak jauh di peringkat awal ini.
11. Elakan kayuhan mendaki bukit
12. Jangan berkayuh di laluan yang orang kurang laluinya
13. Elakan berkayuh di laluan sibuk
14. Sentiasa bawa air. ( peringkat awal ni bawa air meneral atau masak sahaja )
15. Hanya tambah jarak kayuhan setelah yakin boleh dan berkemampuan
16. Yang penting tidak merokok kerana misi kayuhan kita adalah untuk kesihatan.
Tuesday, July 28, 2009
Safety
Baru-baru ini saudara Fikri telah mengalami kecederaan bahu kiri(patah) akibat terjatuh ketika melakukan breakway. Sumber menyatakan kelajuan beliau ketika itu 62.5km/j.
Saya ingin berpesan kepada diri saya dan juga rakan-rakan, utamakan keselamatan tidak kira dimana anda berada samada di rumah, pejabat atau bersukan.
Team works
Sifu
Monday, July 27, 2009
LE TOUR DE FRANCE
Pada tahun 2010, kemungkinan besar pasukan lumba basikal Kerteh akan menghantar pelumba basikalnya ke Le Tour De France. Para pelumba sedang giat berlatih tanpa jemu. Pasukan ini yang dianggotai oleh saudara Ujang, Pok Leh, Muazam, Zamri, Wan Zul, Fikri, Fauzi dan beberapa orang lagi yang sangat digeruni. Pasukan ini telah beberapa kali memenangi kejohanan besar. Pelumba yang sedang meningkat naik ialah saudara Wan Zul. Beliau telah menunjukkan kebolehan luarbiasanya dengan menunggang basikal sambil menyanyi lagu NegaraKu dan Beat It. Zul jangan mare....nanti kena jual.....
Sunday, July 26, 2009
KAYUH SIKAL PTG JUMAAT DGN 'TEAM MEMBERS'
Nasuha....
Rosli....
Nizam....
Yazid....