Wednesday, February 29, 2012

Jeram Penitih

      Kerteh Cyc bercadang untuk menganjurkan kayuhan santai ke Jeram Penitih pada 24-03-2012, kayuhan ini adalah bertujuan untuk beramah mesra antara satu sama lain. Tiada sebarang hadiah disediakan dan tiada tanda laluan. Kami cuma mengenakan sedikit bayaran, sebanyak RM10 untuk penyedian sedikit juadah, bayaran ini hendaklah diserahkan sebelum 22-03-2012. Mereka yang berminat bolehlah menghubungi Saudara Yazid, Saudara Muazam, Saudara Sharil Daud atau Saudara Din SCUBA. Acara ini terbuka kepada semua.

      Mereka yang berminat diminta berkumpul di Ayer Jernih pada jam 08:00 pagi pada hari tersebut, tayar golek pada jam 08:30 pagi. Jarak kayuhan ke distinasi adalah kurang lebih 19KM. Antara aktiviti yang dirancankan selain berkayuh adalah, memanjat pokok menggunakan tali, makan makan, dan beramah mesra antara satu sama lain

Laluan berturap menghala ke lebuhraya baru.

Laluan tanah merah.

Laluan berbatu kelikir.

Laluan melalui hutan simpan.

Laluan Berbukit


Melalui kebun Kelapa sawit.



Menghampiri destinasi




Tapak berkumpul di destinasi


Jelas air begitu jernih dan belum tercemar.




Masak time


Jernihnya air





    Semoga kayuhan ini dapat memberi manafaat kepada semua.

Monday, February 27, 2012

40 Riders 40 Kilometer



Program ini dirancang adalah untuk mengeratkan lagi tali pesahabatan sesuai dengan tema kami iaitu KITA KAYUH KITA KENAL KITA KAWAN. Kami menjemput peminat-peminat Mtb sekitar daerah Kerteh Paka Dungun dan Kemaman untuk sama-sama memeriahkan aktiviti ini secara beramai-ramai.
Pihak kami akan menyediakan makan tengahari untuk anda semua.

Tarikh : 04/03/2012 (Cuti umum Hari Pertabalan Sultan Terengganu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat Berkumpul : Hadapan Sek. Men. Kg Baru Kerteh
Penyertaan : Terhad 40 orang sahaja.
Bayaran : Percuma
Trek : Offroad 40kilometer

Tiada check point, tiada marking trek, tiada 100plus, tiada lucky draw dan tiada apa-apa cuma hidangan makan tengahari sahaja. Maklumlah bajet ciput .....

Keselamatan adalah tanggung jawab anda sendiri.
Kayuh Cermat Diri  Pasti Selamat.

" NO HELMET NO RIDE "

Sila sahkan kehadiran anda untuk memudahkan kami membuat persediaan makanan.

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi :

Din Scuba : 019-9056837
Yazid        : 0199836284

Wednesday, February 22, 2012

SBCC Round #4 Old Timer MTB XC Jamboree

      Terlebih dahulu Admin memohon ribuan kemaafan kepada semua pengunjung blog, kerana, telah agak lama Admin tidak mengemaskini blog. Ini adalah disebabkan kesuntukan masa dan sibuk bekerja.

      Berikut adalah beberapa gambar sebelum, semasa dan selepas Old Timer MTB XC Jamboree di Sungai Buaya Selangor.

Perjalanan bermula jam 07:30 pagi 10-02-2012

Berhenti sebentar di Genting Skyway untuk urusan peribadi.
Empat jentara dari empat jenama sedia beraksi.

Distinasi pertama kayuhan di Bukit Fraser.

Jauh lagi nak mendaki.

Our Tour Guide and Host

Menghampiri puncak
Din SCUBA ditinggalkan.

Kepuasan tak terhingga setelah berjaya sampai ke puncak.

Gerbang Bukit Fraser

Destinasi kedua pada 11-02-2011, FRIM

Berhenti bergambar di FRIM

Tuan Rumah tidak sangka dibuli oleh tetamu

Salah satu jabatan yg terdapat di FRIM

Bersiap ke destinasi ketiga


Destinasi ke 3 PCP


Indah sungguh pemandangan.

Saudara Yazid agak teruja pertama kali menjejak kaki di PCP


Destinasi utama 12-02-2012. Foto ketika baru sampai.

Bersarapan dahulu sebelum acara bermula.

Din SCUBA cuba mengejar Yazid

Inilah akibat enjin diesel kalau lama tidak diselia dengan baik asyik berasap.


Rakan rakan lain


Bergambar bersama mereka yg menjayakan Jamboree
Haji Akhsan memang otai power

Adik Rosli bersama Otai Hasbullah (Abg Dollah) dari Johor.

Orang kampung bertemu. Abg Latip, Abg Dollah dan Saudara Malek 
Timbang basikal bagi mencari basikal terberat.
Saudara Malek ketika sampai di garisan penamat.

Menjamu selera selapas penat berkayuh.
Nombor yang bertuah milik Din SCUBA

Ahli jawatankuasa yg bertanggungjawab dalam menjayakan acara pada hari tersebut.


      KertehCyc ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan taniah kepada SBCC diatas layanan dan kejayaan mengendalikan jamboree otai ini.