Tuesday, May 3, 2011
Jamboree MTB Tertutup Terengganu
Sunday, April 10, 2011
Kayuhan Perpisahan
Antara gambar-gambar yang sempat di rakamkan oleh jurufoto yang di jemput khas oleh Din Scuba.
Yang mengangkat tangan tu tanda kegembiraan kerana berjaya melalui bypass ... hehe
Shah Redza tetap power .. yang menolak tu bukan tak larat cuma bagi ruang pada Shah Redza ..
Raja Bukit Duduk memang terduduk kerana kali kedua rantainya putus ....
Nak kasi bunyi pomm .. pomm .. pomm .. pun boleh ni ....
Tuan presiden tergolek ...
Shah Redza bergambar kenangan bersama Raja Bukit Duduk ...
Din Scuba cuba melepasi halangan tampa disedari oleh salah seorang pendulang emas ....
Din ... aku bilang 1..2..3.. kau lompat pejam mata ye ! ...
Seringgit .. dua ringgit .. tiga ringgit .. alamak mana cukup ni din dah balun dua tiga pingan ...
Saturday, March 26, 2011
Senarai Nama ke Jamboree Jasin Melaka
Friday, March 11, 2011
Basikal Bukit Anda ...
Trailrider Checklist
Periksa kemampuan semasa tunggangan anda dengan checklist ini. Lebih banyak yang anda mampu lakukan adalah lebih baik. Jadi, anda boleh mengetahui di mana kelemahan anda dan perbaikinya.
1. Anda sentiasa meletakkan badan anda di tengah-tengah pusat imbangan basikal sama ada ketika mendaki atau menuruni bukit.
2. Anda mampu untuk clip dan unclip pedal anda dengan mudah, dan menunggang dengan clipless pedal di mana-mana trail tanpa sebarang masalah.
3. Bila anda tergolek, anda akan melepaskan basikal anda, melonggarkan badan dan berguling dengan baik.
4. Anda mengayuh dengan pusing kayuhan yang mantap sekitar 80 rpm (cadence).
5. Bila memperlahankan basikal, anda tidak menggelincirkan tayar walaupun menggunakan brek hadapan.
6. Anda tidak mengambil selekoh sewenang-wenangnya tanpa terlebih dulu melihat jauh ke dalam laluan selekoh tersebut.
7. Anda mengambil setiap berm dan bukan berkayuh secara perlahan di bawahnya.
8. Bila laluan menjadi bertambah kasar, berlongkang dan berbonggol, anda hanya melihat ke mana ‘line’ anda dan terus mengikutnya tanpa rasa panik.
9. Basikal anda mula terlambung-lambung di trail yang kasar tetapi kepala anda sentiasa berada dalam keadaan tenang sambil memerhatikan trail di hadapan.
10. Anda mengambil selekoh dengan baik, serta keluar dari selekoh dengan pantas.
11. Anda sentiasa mengubah posisi badan, kaki dan pedal ketika mengambil selekoh untuk mengekalkan imbangan yang sesuai dan cengkaman yang lebih.
12. Anda menunduk dengan cukup rendah ketika melalui berm dan boleh melihat tayar anda dari dekat.
13. Setiap switchback kelihatan luas dan mudah.
14. Anda tidak merosakkan trail setiap kali melalui switchback dengan menarik brek dan menyeret tayar belakang di sepanjang laluan.
15. Anda boleh melakukan drop, jump sekitar 1-2 kaki tanpa perlu menurunkan seatpost.
16. Anda akan menggunakan teknik yang berbeza di antara ‘drop to flat landing’ dan ‘drop to downslope’.
17. Anda boleh roll basikal anda dengan selamat walaupun pada keadaan yang curam melebihi 45 degree.
18. Anda melakukan bump jump di setiap batu yang anda temui.
19. Anda mampu untuk jump dan memasuki selekoh.
20. Anda mampu menunggang sambil bergerak secara menyilang pada longkang yang terhasil akibat kesan brek atau tayar.
Sumber daripada http://www.rajabukit.com