Wednesday, December 5, 2012

KAYUHAN AMAL 2012

Pada 24 November 2012, KertehCyc telah menganjukan Kayuhan Amal 2012, bertempat di Tapak Pasar Malam Kg Baru Kerteh. Seramai 72 orang peserta telah mendaftar dan membuat pembayaran, dari jumlah tersebut seramai 58 orang telah hadir pada hari tersebut. Jarak kayuhan adalah 38 KM, peserta pertama menamatkan kayuhan dalam masa 1 jam 42 minit. Pihak Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan dan penyertaan anda. Dengan dana yang terkumpul, pihak kami berjaya membeli sebanyak 10 buah basikal dan telah menyerahkan kepada pihak yang terbabit pada hari yang sama. Jelas terbayang kegembiraan di wajah mereka ketika menerima sumbangan anda semua.

Dalam acara ini kami turut memberi "placing" atau kedudukan kepada peserta, tiada hadiah ditawarkan, cuma untuk kepuasan individu. Berikut adalah kedudukan 1 hingga 5 :


  1. Saudara Hakimi Han B Hamka - 1 jam 42 minit
  2. Saudara Abdul Arif - 1 jam 43 minit
  3. Saudara Shahid - 1 jam 44 minit
  4. Saudara Fendi - 1 jam 49 minit\
  5. Saudara Abd Rahim Awang - 1 jam 50 minit
Admin juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah bersama menjayakan program  pada hari tersebut.

Wajah Ceria Penerima Sumbangan

Peserta dari Manjung

Kenderaan dari Team Heavy 66

Menanti dilepaskan

Didahului kenderaan Polis dan Marshal

Pserta memulkan kayuhan

Sedia membantu walaupun baru bertemu.

Antara laluan yang dilalui peserta.

Downhill

Peserta diiringi marshal berbasikal

Marshal dari PDRM

Peserta diberi kedudukan di garisan penamat

Tulang belakang acara.

Menjamu selera selepas berkayuh.

Penaja barangan basikal untuk cabutan bertuah dari Cyclestream

Antara peserta yang bertuah
 Akhir kata, terima kasih semua yg menjayakan acara ini.

No comments: